Monday, December 21, 2009

Rahsia sihat dan bahagia seorang lelaki - Nikahi wanita bijak.







Sering kita mendengar ungkapan mengatakan "Di belakang setiap lelaki yang hebat adalah seorang wanita yang hebat." Sejauh mana kebenaran ungkapan tersebut?
Semakin banyak kajian yang di jalankan mendapati lelaki yang mengahwini wanita berpelajaran tinggi lebih berjaya dalam hidup.

1. Wanita bijak ini mampu membuat keputusan yang tepat mengenai halatuju sesebuah keluarga termasuk dari segi pemakanan dan cara hidup.

2. Seorang isteri yang bijak juga mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga dan kurang membebankan si suami.

3. Satu kajian yang dijalankan di Sweden juga mendapati lelaki yang berkahwin dengan wanita terpelajar lebih sihat dan mempunyai purata umur yang lebih panjang berbanding dengan dengan lelaki yang berkahwin dengan wanita kurang terpelajar.

a. Kajian yang membuktikan lelaki yang telah berumahtangga lebih ramai menjalankan ujian untuk kanser prostat berbanding dengan lelaki bujang, faktor ini terbukti mampu mengurangkan risiko kematian.


b. Kajian yang dijalankan berdasarkan latar belakang pendidikan, perkerjaan dan pendapatan keatas 1.5 juta lelaki dan wanita berusia antara 30 sehingga 59 tahun mendapati lelaki yang berkahwin dengan wanita yang tidak menamatkan persekolahan 25% lebih terdedah kepada risiko mati muda.

c. Lelaki yang berkahwin dengan wanita yang mempunyai ijazah pertama berisiko 13% lebih tinggi untuk mati muda berbanding dengan lelaki yang berkahwin dengan dengan wanita yang memiliki ijazah Sarjana atau phD.

4. “The higher the education level of the wife, the happier the husband is", menurut seorang penyelidik Ekonomi bernama Shane Mathew Worner, dari Australian National University. Walaubagaimanapun menurut beliau, ia mungkin berkait rapat dengan sebanyak mana sumbangan dari segi ekonomi dari pihak si isteri yang mampu mengurangkan tekanan di pihak suami.

5. Kajian juga mendapati perkahwinan menyumbang kebahagian yang lebih kepada seorang lelaki berbanding wanita. 135% lelaki mengakui hidup mereka lebih bahagia setelah berkawin berbanding wanita. Secara purata hanya 52% wanita menyatakan perasaan sangat berpuas hati dengan kehidupan yang di lalui setelah berkahwin berbanding wanita yang tidak berkahwin.

6. Kebahagian lelaki yang berkahwin didapati meningkat sebanyak 8% bagi setiap tahun tambahan isteri mereka memperolehi pendidikan. Walau bagaimanapun didapati tahap kebahagian para isteri tidak dipengaruhi tahap pendidikan si suami. Dalam erti kata lain, wanita tidak kisah mempunyai suami yang kurang bijak.

Kesimpulan yang boleh di buat berdasarkan kajian yang dinyatakan di atas adalah

a. Lelaki tidak boleh tidak amat memerlukan wanita untuk menguruskan kehidupan sehari-hari tidak hanya dar segi fizikal semata-mata seperti memasak, mencuci pakaian, mengurus anak dan mengemas rumah, malahan sumbangan dari segi mental dan ekonomi juga amat penting dalam kehidupan berumahtangga sebagaimana fitrah manusia dijadikan berpasangan untuk saling lengkap melengkapi.

b. Lelaki yang hidupnya di urus oleh seorang wanita yang peka kepada cara hidup, perbelajaan dan juga kesihatan mampu menjadikan seorang lelaki itu lebih tenang, bahagia dan secara tidak lansung mampu memanjang kan umur. Kepekaan kepada perkara-perkara yang disebutkan tadi memerlukan seorang wanita itu berilmu.

c. Wanita secara fitrahnya dijadikan Allah adalah 'multi tasking'. Dalam kesibukan berkerjaya bagi mendukung ekonomi sebuah keluarga, wanita juga masih mampu (atau perlu) menguruskan keluarga, sehingga ada waktunya mengabaikan diri sendiri. Jelas disini terdapat wanita yang berkahwin tidak merasakan peningkatan dari segi tahap kebahagian setelah berkahwin berbanding lelaki.

d. Wanita menerima suami seadanya, bijak ataupun tidak. Sifat redha ini lah yang menyumbang kepada keharmonian rumahtangga kebayakan pasangan yang berkahwin.
Wallahualam.


No comments:

Post a Comment